Stok sudah available sekarang.
Jika anda, mahu membuat pembelian fabric starch caranya..whatsapp saja ke 019-3720661

RM20 sebotol termasuk postage.
Pengeposan untuk semenanjung malaysia sahaja.

Fabric starch sudah pasti akan memudahkan kerja anda untuk iron tudung dan baju.
Tudung lebih senang dibentuk dan baju pula akan kelihatan lebih kemas.




Maaf,
Pihak kami kehabisan stok fabric starch sekarang.
Stok baru akan sampai dalam bulan september ini.
Anyway, terima kasih atas sokongan anda yang mempercayai kami dengan membeli fabric starch secara online di sini.

Oh ya!
Jika anda mahu kami whatsapp apabila stok sampai nanti, sila taip FS dan whatsapp ke 019-3720661. Kami akan save no anda dan terus maklumkan nanti.

Terima kasih
Mulawa Fashion banyak menerima emel/whatsapp bertanyakan tentang penggunaan fabric starch. Antara soalan yang di tanya ialah :-

1. Macam mana nak guna?
2. Adakah fabric starch melekat pada iron?
3. Bolehkah fabric starch digunakan pada baju/kemeja?
4. Betulkah produk ini dapat mengeraskan bahagian awning tudung?


Jawapan
1. Macam mana nak guna?
- Sembur ke atas fabrik dan iron

2. Adakah fabric starch melekat pada iron?
-Tidak melekat . Fahami cara penggunaan .Sila baca sehingga habis entry ini untuk mendapatkan tips penggunaan yang betul.

3. Bolehkah fabric starch digunakan pada baju/kemeja?
-Boleh

4. Betulkah produk ini dapat mengeraskan bahagian awning tudung?
-Ya

5. Adakah produk ini berbau wangi?
-Ya

Untuk mereka yang masih belum pernah menggunakan fabric starch , info di bawah mungkin berguna untuk anda.

Starch
Dalam bahasa Melayu ialah kanji.
Kandungan dalam produk ini mempunyai bahan silikon dan  kanji semulajadi yang dapat membantu proses iron anda menjadi lebih mudah / mengeraskan fabrik

Tips penggunaan yang betul
Mudah sahaja caranya.
1. Goncang botol setiap kali anda mahu spray
2. Jarakkan 20cm dari fabrik semasa spray
3. Pastikan bahan meresap pada fabrik dan iron

Untuk pertanyaan atau order sila whatsapp ke 019-3720661
Apa yang mudah?
Senang nak bentuk jawapannya.

Jika anda sudah biasa menggunakan fabric starch, tentu maklumat ini tidak penting bagi anda.
Tetapi jika anda baru mengenali fabric starch , berikut ialah cara mudah menggunakannya ke atas tudung bawal atau tudung sekolah * jika anda masih belajar.

Langkah
Ada 4 langkah yang perlu anda lakukan


1. Iron tudung anda. Kemudian, lipat 2 dan iron untuk dijadikan penanda di mana patut anda sembur fabric starch. Secara logiknya, pastilah fabric starch perlu disembur pada bahagian awning muka. Dengan adanya garisan ini, ia dapat menjimatkan fabric starch anda daripada terlebih sembur ke bahagian yang tidak perlu. Elakkan pembaziran.

2. Buka lipatan tudung anda. Dan akan kelihatan garisan seperti pada gambar.

3. Sembur fabric starch pada bahagian tersebut. Biar semburan diserap ke dalam fabric

4. Iron pada tempat yang anda sembur tadi.SIAP

Mudah
Memang mudah. Beginilah yang perlu anda lakukan
Sekiranya tudung anda sudah berjahit di bahagian tengah seperti tudung sekolah, saya pasti anda tahu di mana hendak disembur fabric starch tersebut.

Dylon Spray Starch
Buat masa ini, Mulawa Fashion hanya menjual brand Dylon Spray Starch 300ml sahaja.
Selain tudung bawal, produk ini juga boleh digunakan untuk iron kemeja /baju anda.
Ia mengandungi silikon / dan kanji semulajadi yang akan menjadikan proses iron tersebut menjadi mudah. Ia mempunyai bau wangi yang menyenangkan apabila disembur.
Untuk order sila pm inbox Mulawa Fashion/ mulawafashion@gmail.com/whatsapp 019-3720661.

* Fabric starch tidak available untuk dipos ke sabah/sarawak kerana barang ini tidak dibenarkan untuk pengangkutan udara ( mengandungi bahan mudah terbakar)
Nostalgia tudung sekolah.
Rasanya, kalau dicari dalam album memang tiada satu pun gambar aku bertudung sekolah yang masih ada. Semuanya hilang. Tapi okay, sebab semua kenangan tu masih ada dalam hati.
Bermula dengan tudung sekolah yang senget benget masa aku pakai di sekolah rendah, sampaila tudung sekolah yang cun melecun bila dah sekolah menengah.
Bukan aku yang cun! tudung .... maksudnya kalau pakai tu mesti nak cantik terletak je.
Cute sangat ni.......
Kelepet
Kelepet boleh dihasilkan dengan melipat fabrik ke sebelah dalam seperti hujung seluar atau hujung tangan baju. Tapi kelepet tudung lain . Kita lipat fabrik ke dalam, berdekatan bahagian telinga kiri dan kanan. Ada yang siap letak jarum lepas kelepet tudung. Lagi kemas katanya.
Imej
Pada aku, pakai tudung sekolah dengan kemas itu penting.
Kalau senget benget atau tak jadi tudung tu, memang tak ada mood nak pergi sekolah.
Oh aku lupa, ayat ni selalu kita cakap dengan kawan baik kita dekat sekolah
Eh..tudung aku jadi tak? bukan sekali kita tanya! Lalu tepi kereta cikgu pun mesti nak tengok tudung jadi ke tak kan?

Fabric starch VS Lilin
Masa sekolah dulu, guna lilin je la untuk keraskan tudung.
Lepas dah kenal fabric starch mudahla sikit kerja.
Sembur lepas tu iron. Bila basuh kanji pun hilang...senang je.
Siapa nak pinjam fabric starch aku tak boleh masa tu kecuali BFF.haha.

Hujan
Fabric starch akan hilang bila kena air. Jadi kalau hujan tu selamatkan tudung masing-masing ya.
Sebab tudung yang kelepet cantik guna fabric starch terus akan lembik bila kena hujan.

Zaman aku, susah jugak nak cari fabric starch.Kadang2 pergi supermarket round-round tak jumpa jugak. Balik kecewa! Tapi sekarang zaman di hujung jari kan. Yang penting ada duit dan mampu beli. Jadi kalau korang yang masih bersekolah tu nak dapatkan Fabric Starch beli saja online di Mulawa Fashion. Terutamanya yang duduk jauh dari kawasan  yang ada pasaraya besar, aku tau memang susah nak jumpa produk ni.
Fabric starch .
Semburan kanji untuk mengeraskan fabrik.
Sesuai digunakan untuk tudung,kemeja,seluar , pakaian sekolah, uniform dan lain-lain.
Di sini, kami kongsikan tentang kebaikan produk ini untuk anda. Bagi yang masih belum tahu, ramai yang menggunakan fabric starch untuk mengeraskan bahagian tudung yang ingin dibentuk terutamanya untuk tudung bawal, tudung bawal chiffon atau tudung sekolah. Tudung akan cantik terletak dan menjimatkan masa anda untuk menghadap cermin. Di Mulawa Fashion, kami menjual fabric starch secara online. Whatsapp saja 019-3720661 untuk membuat order/pertanyaan. Atau emel ke  mulawafashion@gmail.com. atau pm

Buat masa sekarang hanya jenama Dylon available dijual di sini pada harga seperti berikut.



Assalamualaikum semua.

Ruangan baru diwujudkan di sini khas untuk berkongsi semua info tentang fabric starch.
Harapan kami, semoga ruangan ini bermanfaat dan mudah dijadikan rujukan.
Selain itu , untuk anda lebih mudah jumpa kami . Maklumlah, kadang-kadang apabila sukar nak beli fabric starch di luar tu, mula la tangan nak google kan! Hope anda jumpa kami di sini.

Okay, untuk lebih mudah dan pantas..anda boleh whatsapp terus ke 019-3720661 untuk segala pertanyaan atau order fabric starch dari kami di Mulawa Fashion.

Terima kasih. Jumpa lagi dalam entry berikutnya