Cara menggunakan fabric starch pada tudung bawal

Apa yang mudah?
Senang nak bentuk jawapannya.

Jika anda sudah biasa menggunakan fabric starch, tentu maklumat ini tidak penting bagi anda.
Tetapi jika anda baru mengenali fabric starch , berikut ialah cara mudah menggunakannya ke atas tudung bawal atau tudung sekolah * jika anda masih belajar.

Langkah
Ada 4 langkah yang perlu anda lakukan


1. Iron tudung anda. Kemudian, lipat 2 dan iron untuk dijadikan penanda di mana patut anda sembur fabric starch. Secara logiknya, pastilah fabric starch perlu disembur pada bahagian awning muka. Dengan adanya garisan ini, ia dapat menjimatkan fabric starch anda daripada terlebih sembur ke bahagian yang tidak perlu. Elakkan pembaziran.

2. Buka lipatan tudung anda. Dan akan kelihatan garisan seperti pada gambar.

3. Sembur fabric starch pada bahagian tersebut. Biar semburan diserap ke dalam fabric

4. Iron pada tempat yang anda sembur tadi.SIAP

Mudah
Memang mudah. Beginilah yang perlu anda lakukan
Sekiranya tudung anda sudah berjahit di bahagian tengah seperti tudung sekolah, saya pasti anda tahu di mana hendak disembur fabric starch tersebut.

Dylon Spray Starch
Buat masa ini, Mulawa Fashion hanya menjual brand Dylon Spray Starch 300ml sahaja.
Selain tudung bawal, produk ini juga boleh digunakan untuk iron kemeja /baju anda.
Ia mengandungi silikon / dan kanji semulajadi yang akan menjadikan proses iron tersebut menjadi mudah. Ia mempunyai bau wangi yang menyenangkan apabila disembur.
Untuk order sila pm inbox Mulawa Fashion/ mulawafashion@gmail.com/whatsapp 019-3720661.

* Fabric starch tidak available untuk dipos ke sabah/sarawak kerana barang ini tidak dibenarkan untuk pengangkutan udara ( mengandungi bahan mudah terbakar)

0 comments:

Post a Comment